Inilah Pentingnya Kaidah Atau Metode Qiyas dalam Istidlal

Inilah Pentingnya Kaidah Atau Metode Qiyas dalam Istidlal

Pecihitam.org- Kaidah atau metode qiyas merupakan perbahasan terpenting dalam perbincangan topik al-istidlal (pendalilan) bagi pengajian ilmu mantik.

Pecihitam.org, dapat Istiqomah melahirkan artikel-artikel keislaman dengan adanya jaringan penulis dan tim editor yang bisa menulis secara rutin. Kamu dapat berpartisipasi dalam Literasi Dakwah Islam ini dengan ikut menyebarkan artikel ini ke kanal-kanal sosial media kamu atau bahkan kamu bisa ikut Berdonasi.

DONASI SEKARANG

Perbahasan tentang metode qiyas ini telah menjadi fokus utama kajian mantik klasik semenjak daripada zaman ketamadunan Yunani khususnya melalui tokoh seperti Aristotle (m. 322SM).

Sehingga kedatangan zaman moden yang menyaksikan kemunculan mantik moden bertunjangkan kepada perbahasan al-istiqra’ (induksi) berasaskan kepada metode al-mulahazah wa al-tajribah (pengamatan dan uji kaji).

Buat beberapa waktu, teori al-qiyas yang diperkenalkan oleh Aristotle itu telah berjaya mempengaruhi pemikiran umat Islam pada zaman kegemilangan ilmu pengetahuan dan begitu juga masyarakat Barat pada zaman pertengahan.

Jika disoroti aspek definisi, al-qiyas menurut Aristotle bermaksud satu penyataan yang tersusun daripada beberapa penyataan, bilamana penyataan itu benar, sudah tentu akan terhasil satu penyataan benar juga yang dikenali sebagai kesimpulan.

Sedangkan ulama Ahl al-Kalam menjelaskan bahawa al-qiyas ialah satu bentuk hujah kebenaran melalui pendalilan tidak langsung (al-istidlal ghayr al-mubashir) yang boleh menghasilkan sebuah kesimpulan atau al-natijah.

Kesimpulan yang dihasilkan daripada al-qiyas tersebut adalah berasaskan penerimaan dua muqadimah yang mempunyai dua al-qadiyyah dan satu al-hadd.

Baca Juga:  Shalat Li Hurmatil Waqti, Penjelasan dan Ketentuannya

Manakala ulama Usul al-Fiqh pula menyatakan alqiyas bererti menetapkan sesuatu hukum yang tiada nas di dalam al-Qur’an dan Hadith dengan cara membandingkan dengan sesuatu nas lain yang telah ditetapkan hukumnya berdasarkan persamaan ‘illah.

Secara lebih jelas, al-qiyas ialah mengembalikan far’ kepada asl kerana wujudnya ‘illah yang menghimpunkan keduanya dalam suatu hukum yang merangkumi al-qiyas al-‘illah, al-qiyas al-dalalah dan al-qiyas al-shibih.

Sejarah membuktikan bahawa penggunaan ilmu mantik khususnya menerusi kaedah al-qiyas ulama Ahl al-Kalam telah dipraktikkan semenjak zaman silam oleh majoriti ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, khususnya ketika mempertahankan akidah Islam daripada serangan aliran bidaah seperti Mu’tazilah, Shi’ah, ateis dan lain-lain.

Dalam hal ini, al-Ghazali dan al-Razi (m. 606H/1210M) dilihat sebagai ulama silam paling menonjol cenderung meluruskan dan mengadunkan penggunaan ilmu mantik ketika membahaskan persoalan akidah melalui karya-karya mereka.

Sehingga usaha itu menjadi ikutan ulama selepas mereka seperti al-Baydawi (m. 685H/1286H), al-Amidi (m. 631H/1233M), al-Iji (m. 756H/1355M), al-Sanusi (m. 895H/1490M) dan lain-lain lagi.

Baca Juga:  Adab Ziarah Kubur, Bagaimana Tuntunannya Dalam Islam?

Antara kaedah penting dalam ilmu mantik yang digunakan pada dalil ‘aqli akidah ialah al-qiyas khususnya berkaitan perbincangan ketuhanan melalui pengajian Sifat 20.

Namun Ibn Taymiyyah didapati telah mengkritik alGhazali dan al-Razi kerana menggunakan mantik dalam pendalilan akidah. Beliau menganggap bahawa al-Baqillani adalah lebih baik daripada mereka berdua, kerana tidak memasukkan elemen perbincangan ilmu mantik dalam perbahasan akidah.

Antara yang mendapat kritikan keras daripada Ibn Taimiyyah ialah kaedah al-hadd dan al-qiyas yang dikatakan asasnya diambil daripada falsafah dan mantik Aristotle.

Malah lebih keras daripada itu, Ibn Taimiyyah turut menolak ilmu mantik yang dianggapnya sebagai ilmu yang tidak memberi sebarang faedah kepada orang cerdik dan tidak boleh diambil manfaat pula oleh orang bodoh. Pada masa yang sama, Ibn Taimiyyah dilihat cuba mengemukakan mantik baru yang didakwa olehnya lebih menepati ajaran Islam.

Kaedah al-qiyas juga digunakan oleh ulama Usul alFiqh dalam mengistinbatkan hukum-hakam fikah, iaitu sebagai salah satu sumber yang disepakati selepas alQur’an dan sunnah.

Baca Juga:  Alasan Perempuan Lebih Utama Sholat Di Rumah Daripada Di Masjid

Al-Shafi‘i (m. 204H/820M) merupakan ulama silam pertama menyusun ilmu Usul alFiqh dengan memasukkan penghujahan al-qiyas sebagai elemen terpenting ketika berhadapan dengan permasalahan fikah yang tidak mempunyai dalil bersifat qat‘i.

Tindakan al-Shafi‘i tersebut dilihat sebagai satu usaha murni beliau bagi menjaga kesucian syariat Islam daripada terpesong dengan pelbagai ajaran sesat dan bidaah, di samping bertujuan menyelesaikan pelbagai persoalan fikah yang tidak didapati dalam al-Qur’an dan Hadith.

Maka berdasarkan beberapa contoh yang dikemukakan ini, didapati kepentingan metode al-qiyas sebagai penghujahan ilmu dalam Islam tidak dapat disangkal lagi.

Mochamad Ari Irawan