Mengenal Konsep Qiyas Ushuli dalam Metode Istidlal Akidah

Mengenal Konsep Qiyas Ushuli dalam Metode Istidlal Akidah

Pecihitam.org- Secara umumnya, istilah qiyas ushuli seringkali dikaitkan dengan konsep al-qiyas yang diketengahkan oleh ulama Ushul al-Fiqh dalam menyelesaikan permasalahan fikih.

Pecihitam.org, dapat Istiqomah melahirkan artikel-artikel keislaman dengan adanya jaringan penulis dan tim editor yang bisa menulis secara rutin. Kamu dapat berpartisipasi dalam Literasi Dakwah Islam ini dengan ikut menyebarkan artikel ini ke kanal-kanal sosial media kamu atau bahkan kamu bisa ikut Berdonasi.

DONASI SEKARANG

Namun kaedah qiyas ushuli turut digunakan dalam pembahasan akidah walaupun tidak secara meluas, malah menurut al-Nashshar, qiyas ushuli merupakan kaedah yang disepakati penggunaannya sebelum kemunculan al-Ghazali yang lebih menekankan kaedah al-qiyas al-mantiqi.

Keadaan tersebut menyebabkan kebanyakan ulama menggunakan kaedah alqiyas al-mantiqi hasil usaha keras al-Ghazali dalam meluruskan kembali mantik Yunani sehingga ia boleh dijadikan hujah dalam akidah Islam.

Dalam hal ini, alButi merupakan salah seorang ulama Ahlu al-Sunnah wa al-Jama‘ah kontemporari yang mencoba mengetengahkan semula al-qiyas al-usuli dalam pendalilan ‘aqli akidah.

Yang dimaksud al-qiyas al-usuli dalam perbincangan ini ialah menyatukan suatu perkara dengan satu perkara lain kerana kedua-duanya berkongsi ‘illah yang sama.

Maka kaedah al-qiyas al-usuli adalah untuk mengeluarkan ‘illah terhadap sesuatu perkara yang diketahui hukumnya, kemudian mencoba menentukan ‘illah tersebut yang mungkin terdapat persamaan pada ‘illah perkara lain yang tidak diketahui hukumnya.

Setelah meyakini benar wujudnya ‘illah yang dapat dikongsi oleh sesuatu perkara yang telah diketahui dengan sesuatu perkara yang masih belum diketahui hukumnya, maka hukum yang lahir daripada ‘illah sesuatu perkara yang tidak diketahui hukumnya itu dikenali sebagai al-qiyas al-usuli berdasarkan persamaan ‘illah.

Baca Juga:  Perbedaan Wahabi dan Aswaja, Mulai dari Masalah Tauhid hingga Pemilihan Ulama

‘Illah ini diketahui sama ada daripada penjelasan nas, isharat, sabr wa taqsim, dawran dan lain-lain. Contohnya, Allah SWT telah mengharamkan arak melalui dalil al-Qur’an dengan ‘illah daripada pengharaman itu kerana arak memabukkan serta menghilangkan kewarasan akal.

Maka apa-apa perkara yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal hukumnya adalah haram berdasarkan ‘illah pengharaman arak.

Kaedah al-qiyas al-usuli ini, menurut Abu Zahrah, tidak terkecuali daripada menggunakan peranan logik akal, menjadikan ia turut diperselisihkan aplikasinya dalam kalangan ulama Islam kepada tiga kumpulan.

Golongan pertama mewakili jumhur ulama mengharuskan penggunaan al-qiyas al-usuli sebagai dasar hukum-hukum fikih secara tidak berlebih-lebihan.

Golongan kedua ialah kelompok Zahiri dan Shi’ah yang menolak penggunaan alqiyas al-usuli dengan menanggap tiada ‘illah dalam nas-nas al-Qur’an dan Hadith.

Manakala golongan ketiga terdiri daripada mereka yang terlalu memperluaskan penerimaan al-qiyas al-usuli sehingga mengetepikan keumuman dalil al-Qur’an dan Hadith.

Baca Juga:  Inilah Metodologi Istidlal dalam Akidah Islam yang Wajib Diketahui Setiap Muslim

Asasnya, al-qiyas al-usuli terbina melalui empat rukun yaitu aslu, far‘u, ‘illah dan hukum. Menurut al-Nashshar, daripada keempat-empat rukun ini, ulama akidah hanya menumpukan perbincangan tentang ‘illah sahja memandangkan ketiga-tiga rukun lain lebih tertumpu kepada persoalan fikih.

Dalam hal ini, ulama Ahlu alSunnah wa al-Jama’ah menegaskan bahwa penggunaan al-qiyas al-usuli yang sempurna mesti berdasarkan kepada qanun al-‘illiyyah wa al-sababiyyah (undang-undang ‘illah-ma‘lul atau sebab-musabab) dan qanun al-tanasuq wa al-nizam (undang-undang penyesuaian dan ketersusunan) yang dinamakan ia sebagai al-qiyas alawla.

Bagi mencapai kesempurnaan tersebut, al-Buti telah menetapkan dua syarat utama bagi al-qiyas al-awla dalam binaan akidah dan keyakinan yaitu;

Pertama, ‘illah itu memberi kesan kepada ma‘lul,

Kedua, ‘illah itu hendaklah muttaridat yaitu berlaku berterusan secara jelas dan konsisten.

Tambah al-Buti, apabila sesuatu ‘illah itu tidak mencapai kepada peringkat yang disyaratkan, umpamanya tidak jelas keberkesanannya, tetapi cuma semacam bersesuaian di antara ‘illah dengan ma‘lulnya, maka itu hanyalah suatu al-qiyas bersifat zanni yang tidak diterima dalam perkara akidah ketuhanan.

Tetapi al-qiyas begini boleh diterima dalam masalah fikih kerana telah terbukti adanya dalil yang qat‘i dan yakin bahwa dalil-dalil yang dzanni itu telah memadai untuk dijadikan asas dalam persoalan ibadat dan hukum fikih.

Baca Juga:  Ini Tiga Kaedah dalam Menentukan Tahap Keyakinan Menurut Al-Maydani

Maka dalam hukum fikih yang bersifat amali, suatu ‘illah itu hanya memadai dengan syarat tepat pada mundabitah dan tepat juga pada mun’akisah, tetapi tidak disyaratkan memberi kesan atau sebab. Bahkan memadai ‘illah itu bersesuaian dengan ijtihad seorang ulama atau pengkaji bagi membina hukum fikih ke atasnya.

Maka al-qiyas dalam bidang fikih amali pada hakikatnya mempunyai perbedaan yang agak besar daripada tabiat al-qiyas dan syarat-syaratnya dalam permasalahan akidah atau kepercayaan.

Mochamad Ari Irawan