Tidak Hanya Berdosa, Meninggalkan Sholat 5 Waktu Berpotensi Kekufuran

Tidak Hanya Berdosa, Meninggalkan Sholat 5 Waktu Berpotensi Kekufuran

Pecihitam.org- Berkaitan hukum meninggalkan sholat fardu, para fuqaha’ telah menjelaskan perihal dan kedudukan orang yang meninggalkan sholat menjadi dua kategori :

Pecihitam.org, dapat Istiqomah melahirkan artikel-artikel keislaman dengan adanya jaringan penulis dan tim editor yang bisa menulis secara rutin. Kamu dapat berpartisipasi dalam Literasi Dakwah Islam ini dengan ikut menyebarkan artikel ini ke kanal-kanal sosial media kamu atau bahkan kamu bisa ikut Berdonasi.

DONASI SEKARANG

  • Orang-orang yang meninggalkan solat dengan sengaja karena mengingkari perintah Syara’. Mereka disifatkan sebagai orang yang kufur kepada Allah SWT dan terkeluar dari Agama Islam.
  • Orang-orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tetapi mereka tidak mengingkari perintah Syara’.

Untuk menjelaskan permasalahan di atas lebih lanjut, penulis akan membincangkan masalah tersebut sebagaimana berikut ;

Pertama. Hukum meninggalkan Solat Fardu karena ingkar kepada perintah Syara’.

Para ulama’ Islam telah berijma’ bahawa seseorang yang telah mengetahui hukum dan kefarduan solat tetapi enggan mengerjakannya karena ingkar kepada perintah Syara’ maka hukumnya adalah jelas yaitu dia jatuh kufur serta keluar dari Agama Islam (al-Syarbini, 1994:612).

Sebaliknya, jika seseorang jahil tentang kefarduan solat di atas beberapa sebab yang tertentu seumpama dia tidak mengetahui tentang hukum solat ketika mula-mula memeluk Islam atau fikirannya tidak waras dan dia pula tidak mencampuri orang-orang Islam ketika baligh maka para ulama’ berpendapat seseorang itu tidaklah menjadi kufur (Hasyim Yahya,2011:17).

Kedua. Hukum orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tetapi masih beri’tikad tentang kefarduan solat.

Baca Juga:  Syarat Sah Adzan dan Muadzin, yang Harus Diketahui

Namun demikian, para fuqaha’ berbeda pendapat tentang seseorang yang meninggalkan solat fardu tetapi masih beri’tikad tentang kefarduan solat seperti seseorang yang meninggalkan solat kerana malas , sibuk dengan urusan dunia atau meringan-ringankan hukum solat.

Menginggalkan Solat fardu hukumnya fasiq dan berdosa besar, hukum ini merupakan pandangan jumhur ulama’ antaranya imam Malik dan imam Syafi’e yang berpendapat bahwa orang tersebut tidak menjadi kafir bahkan menjadi fasiq. Mereka akan dihukum bunuh seperti penzina muhsan sekiranya enggan bertaubat dan kembali menunaikan solat (Al-Syaukani, 2004:313).

Mereka telah mengemukakan beberapa dalil yang berikut iaitu firman Allah SWT yang berbunyi:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukannya dengan suatu dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakinya (menurut peraturan hukum–hukumnya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya” ( Surah al-Nisa’, 4 : 116 ).

Dalam konteks ayat ini dapat difahami bahawa orang-orang musyrik akan kekal di dalam neraka dan mereka tidak ada ruang untuk bebas dan terlepas dari azab Allah SWT yang amat dahsyat.

Akan tetapi Allah SWT menyatakan juga bahawa keampunannya akan diberikan kepada dosa selain syirik walau bagaiman besar dosa tersebut.

Baca Juga:  Tatacara dan Niat Mandi Nifas Atau Mandi Besar

Perbincangan dalil: Dosa meninggalkan solat adalah merupakan satu bentuk pengingkaran dan penderhakaan kepada Allah SWT yang menyebabkan pelakunya boleh digolongkan dalam kalangan orang-orang kafir (Al-Qardhawi,1996:207).

Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Nasaei, Tirmidzi, dan Abu Daud daripada Ibn Buraidah ra yang berbunyi:

Dari Abdullah bin Buraidah ra, dari bapanya, katanya, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : Jaminan berbaik–baik di antara kita dengan mereka ( yang mendakwa dirinya orang Islam) ialah mengerjakan sembahyang; oleh itu bagi sesiapa yang tidak sembahyang maka sesungguhnya termasuklah ia dalam hukum orang kafir.” (Riwayat Nasaei,Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

Adapun dalil kedua, mereka juga berhujah dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud ra, (Muslim,1995: 1676; Bukhari,2001: 6484) :

“Dari Abdullah bin Masu‟d ra, katanya ; Rasulullah SAW bersabda: “Tiada halal ditumpahkan darah setiap muslim yang mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad SAW pesuruhnya melainkan dia melakukan salah satu daripada tiga perkara iaitu berzina padahal dia beristeri atau bersuami, membunuh orang, meninggalkan agama dan menentang jamaah.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).

Baca Juga:  Landasan Amaliah Aswaja: Bacaan Bilal Jumat Menjelang Khatib Naik Mimbar

Hadis di atas ini memberi keterangan bahwa darah seseorang muslim tidak halal ditumpahkan melainkan mereka telah melakukan salah satu daripada tiga perkara iaitu berzina bagi orang yang sudah berkahwin, seseorang yang membunuh jiwa yang tidak berdosa dan seseorang yang telah keluar meninggalkan agamanya (murtad).

Dinyatakan juga dalam hadis tersebut bahawa di antara tiga golongan ini tidak disebutkan golongan orang-orang yang meninggalkan solat (Qahtan Abd Rahman al-Duri, 1999:65).

Dengan ini, dapat difahami bahwa orang yang meninggalkan solat itu tidak dikenakan hukuman bunuh. Demikian juga halnya bahawa orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja tidak dihukumkan kafir dan tidak dijatuhkan hukuman bunuh (Hasan Ayub,2003:88).

Mochamad Ari Irawan