Inilah Metodologi Istidlal dalam Akidah Islam yang Wajib Diketahui Setiap Muslim

Inilah Metodologi Istidlal dalam Akidah Islam yang Wajib Diketahui Setiap Muslim

Pecihitam.org- Metodologi istidlal (pendalilan) dalam akidah Islam menurut kerangka Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, khususnya Asha’irah dan Maturidiyyah, terdiri daripada dua sumber yaitu dalil naqli dan dalil ‘aqli.

Pecihitam.org, dapat Istiqomah melahirkan artikel-artikel keislaman dengan adanya jaringan penulis dan tim editor yang bisa menulis secara rutin. Kamu dapat berpartisipasi dalam Literasi Dakwah Islam ini dengan ikut menyebarkan artikel ini ke kanal-kanal sosial media kamu atau bahkan kamu bisa ikut Berdonasi.

DONASI SEKARANG

Dalil naqli merujuk kepada nas-nas al-Qur’an dan Hadith Rasulullah SAW, manakala dalil ‘aqli merujuk kepada penyusunan bukti-bukti yang diyakini oleh akal manusia.

Ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah juga bersepakat mengiktiraf dalil naqli sebagai sumber utama dalam menetapkan akidah yang benar, kerana kedua-dua sumber ini mempunyai penghujahan bersifat qat‘iyyah al-thubuth daripada Rasulullah SAW.

Manakala dalil ‘aqli pula bertindak sebagai mengukuhkan lagi pendalilan naqli dalam mengisbatkan keyakinan akidah, dan ia bukan bermaksud sebagai mencipta suatu kepercayaan baru yang bertentangan dengan dalil naqli daripada al-Qur’an dan Hadith.

Selain itu, Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah juga menyatakan bahwa semua kewajipan agama hanya boleh diketahui melalui al-Qur’an dan Hadith sahaja. Sedangkan berkaitan dengan menetapkan keyakinan pula, ia diperoleh dengan kekuatan akal fikiran.

Menurut al-Ghazali (m. 505H/1111M), ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah mempunyai pandangan khusus mengenai peranan akal dalam pendalilan akidah, iaitu mengambil sikap pertengahan dan tidak berlebih-lebihan dalam menerima atau menolak akal.

Baca Juga:  Bagaimana NU Dimata Dunia? Begini Cerita dari Para Ahli

Malah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah menjelaskan bahawa keharusan menggunakan akal dalam mengemukakan hakikat kepercayaan yang terkandung dalam dalil naqli mestilah mempunyai peraturan-peraturan tertentu seperti akal tidak mendahului dalil naqli dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sikap wasatiyyah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama’ah ini ditolak oleh Hashawiyyah (Ghulat al-Hanabilah) dan Salafiyyah Wahabiyyah yang memandang bahwa akal tidak mempunyai sebarang kemampuan untuk menghasilkan keyakinan.

Mereka juga berpendapat bahwa metodologi istidlal akidah hanya zahir dalil naqli daripada al-Qur’an dan Hadith saja, tanpa memerlukan uraian atau campur tangan akal.

Manakala Mu’tazilah pula sebaliknya, yaitu berpegang bahwa akal adalah sumber pendalilan paling utama dalam akidah dengan mengetepikan dalil naqli.

Dalam hal ini, Mu’tazilah didapati terlalu berlebihan menerima akal, sedangkan Hashawiyyah dan Salafiyyah Wahabiyyah terlalu menolak akal, sehingga Ibn Taimiyyah mendakwa bahawa Asha’irah mengambil sumber pendalilan akal daripada metodologi aliran sesat Mu’tazilah dan falsafah Yunani.

Baca Juga:  Siapakah Sebenarnya Kelompok Asy'ariyyah? Ini Penjelasannya

Perselisihan tersebut akhirnya telah mengundang polemik sehingga membawa kepada pepecahan serta gejala sesat-menyesat, malah kafir-mengkafir, dalam kalangan umat Islam.

Hakikatnya, al-Qur’an dan Hadith serta fakta- fakta sejarah banyak menunjukkan bukti tentang Islam sebagai agama yang bertepatan dengan akal.

Al-Qur’an secara umumnya merupakan sebuah kitab yang sentiasa menyeru kepada pembebasan akal daripada pemikiran yang sempit dengan membawa berbagai pendekatan dan pengajaran bagi menjadikan akal sebagai neraca penilaian bagi setiap perkara.

Maka kewujudan dalil ‘aqli dalam al-Qur’an yang menyeru manusia agar merenung dan berfikir tentang kejadian yang terdapat di langit dan bumi adalah semata-mata untuk membina keyakinan mereka terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.

al-qiyas merupakan salah satu kaedah terpenting bagi pendalilan mantik. Kepentingan al-qiyas dalam pendalilan akidah dapat dibuktikan oleh penggunaan kaedah ini dalam pelbagai karya akidah ulama Ahl alSunnah wa al-Jama’ah semenjak zaman Salaf sehingga zaman Khalaf kini.

Baca Juga:  Mengenal Aliran Maturidiyah, Salah Satu Teologi Ahlussunah Wal Jamaah

Walau bagaimanapun, berdasarkan perbincangan penulis dengan beberapa orang pengkaji daripada jurusan pengajian Islam, didapati masih terdapat kekeliruan tentang pendalilan al-qiyas al-usuli dan al-qiyas al-mantiqi dalam perbahasan akidah.

Hal tersebut disebabkan istilah al-qiyas dalam perbincangan akidah selalunya dikaitkan dengan pendalilan akal al-qiyas almantiqi dan bukannya al-qiyas al-usuli.

Kekeliruan ini mungkin disebabkan kurangnya penelitian atau pembacaan terhadap kajian para ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah tentang perkara ini, sehingga perbedaan ini tidak dapat difahami dengan baik.

Mochamad Ari Irawan